PENGENALAN DAN TEORI ORGANISASI KEPIMPINAN
NAMA : NOOR FITRIAH BINTI ZULKURNAIN
NO. MATRIK : D20221101791
PROGRAM : ISMP SAINS PERTANIAN
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD ARIFIN BIN GHAZALI
PENGENALAN
MAKSUD ORGANISASI : Kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama atau sebagainya. Organisasi digunakan sebagai wadah dimana setiap kakitangan berkumpul, bekerjasama secara sistematik, berorganisasi, terpimpin dan terkendali dalam memanfaatkan sumber yang digunakan secara efisien dan efektif untuk mencapai tujuan organisasi. Kepimpinan merupakan kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahan kearah mencapai matlamat sesuatu organisasi. Menurut Northouse (2013), kepimpinan adalah proses seseorang individu mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai matlamat yang sama.
MAKSUD KEPIMPINAN : Dari aspek kepimpinan pula adalah satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli organisasi untuk berusaha dan bekerjasama secara rela hati bagi mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seorang pemimpin” Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (2017). Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Secara rumusnya, kepimpinan memberi kepuasan kepada pengikut, menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang serta dapat mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada orang bawahan untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti.
TEORI
Teori yang pertama adalah dikemukakan oleh Kouzes & Posner (2003) iaitu Teori Kepimpinan Transformasi. Teori ini merupakan amalan yang pada asasnya merupakan komponen dalam konsep kepemimpinan transformasional dan lebih memfokuskan kepada pemimpin utama dalam organisasi. Teori amalan kepimpinan Kouzes & Posner (2003) ini berfungsi sebagai panduan bagi para pemimpin untuk mencapai pencapaian mereka atau menyelesaikan sesuatu yang luar biasa dan sesuai digunakan untuk mengukur amalan kepemimpinan pengetua sekolah sebagai pemimpin di sekolah (Taylor, 2002). Teori ini mengandungi lima amalan iaitu memodelkan kaedah, menginspirasikan visi bersama, mencabar proses, membolehkan orang lain bertindak dan mendorong hati. Teori ini merupakan teori yang dihasilkan sebagai amalan kepimpinan pengetua.
TEORI DUA FAKTOR HERZBERG
Teori Herzberg juga menjelaskan bahawa terdapat dua faktor pendorong untuk individu berusaha mendapatkan kepuasan dan menjauhkan diri daripada rasa tidak puas hati. Faktor ini dikenali sebagai faktor hygiene (ekstrinsik) dan faktor motivator (intrinsik). Faktor ekstrinsik merangkumi hubungan manusia, penghargaan, situasi tempat kerja, pengawasan dan polisi dalam syarikat. Sementara itu, motivasi intrinsik merangkumi pencapaian, kejayaan, kepuasan dan peningkatan dalam kehidupan (Lim Pei Tee & Chua Yan Piaw, 2021). Dalam teori Herzberg, ianya mengandungi tiga perkara penting untuk memotivasi pekerja iaitu yang pertama, perkara-perkara yang mendorong pekerja adalah faktor-faktor seperti pekerjaan yang mencabar dan memberikan perasaan pencapaian, perasaan tanggungjawab atau pemilikan dan senang pada kemajuan pada akhirnya membawa pengiktirafan. Seterusnya, perkara-perkara yang mengecewakan pekerja adalah terutamanya faktor-faktor yang merangkumi peraturan pekerjaan, birokrasi, tempoh kerja, hak, gaji faedah dan lain-lain. Perkara terakhir dalam teori tersebut ialah bagi pekerja, sekiranya peluang untuk kemajuan adalah terhad, mereka akan menjadi sensitif terhadap persekitaran mereka dan mula mencari kesalahan.
TEORI EFIKASI KENDIRI GURU
Teori Motivasi Guru juga mengandungi Teori Efikasi Kendiri Guru. Teori ini dirujuk daripada Model Efikasi Kendiri Guru oleh Tschannen-Moran & Hoy (2001) dan Tschannen Moran et al. (1998). Maksud efikasi guru adalah kepercayaan guru mengenai keupayaan diri bagi melakukan satu siri tindakan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugasan pengajaran dalam konteks yang spesifik selain mempunyai tingkah laku serta sikap yang positif terhadap setiap usaha yang dihasilkan oleh diri sendiri. Hal ini bermaksud, guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan berupaya mempengaruhi efikasi para pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik (Henson, 2001). Antara dua dimensi yang dikaji dalam kajian ini adalah strategi pengajaran dan penglibatan pelajar.
Efikasi dari strategi pengajaran dalam kajian ini adalah merujuk kepada bagaimana cara guru mengendalikan dan mengawal proses pengajaran untuk para pelajar. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk menggunakan dan mengolah strategi pengajaran bagi berhadapan dengan pelajar yang berbeza pencapaian serta penerimaan mereka dan menggunakan pelbagai strategi pentaksiran dalam bilik darjah. Efikasi kendiri guru dalam dimensi ini juga menerangkan tahap keyakinan guru untuk berhadapan dengan pelbagai tahap soalan yang dikemukakan oleh pelajar.
Perkongsian yang cukup menarik dan banyak input penting yang dapat diperolehi👍🏻
ReplyDelete